Saturday, 10 November 2012

Students Learning Model

Posted by Unknown On 19:18
STUDENTS LEARNING MODEL FOR ACADEMIC SUCCESS


Copyright@ Unit Biologi KMPk

Teaching Biodiversity

Posted by Unknown On 18:12

KESAN PENGGUNAAN GRAFIK MAKLUMAT DAN TEKS MAKLUMAT BAGI TOPIK BIODIVERSITI TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR
DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK


Noor Hayati Saleh

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan grafik maklumat dan teks maklumat bagi topik Biodiversiti terhadap pencapaian pelajar di Kolej Matrikulasi Perak. Responden terdiri daripada 140 orang pelajar jurusan Sains Hayat Semester II sesi 2008/2009, dari dua kumpulan kuliah yang berbeza di Kolej Matrikulasi Perak tetapi mempunyai aras pengetahuan yang sama berdasarkan min markah ujian pra yang dilaksanakan. Kumpulan kuliah (1) yang terdiri daripada 70 orang pelajar diajar menggunakan teks maklumat dan dijadikan sebagai kumpulan kawalan. Manakala kumpulan kuliah (2) yang juga mempunyai seramai 70 orang pelajar dijadikan sebagai kumpulan rawatan dan diajar menggunakan grafik maklumat. Instrument intervensi yang digunakan ialah 2 set nota kuliah  bagi topik Biodiversiti yang mempunyai rekabentuk berbeza mengikut intervensi kumpulan yang telah ditetapkan. Manakala instrument penilaian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soalan pra dan satu set soalan pos. Data yang dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif (min markah) dan statistik inferensi (ujian-t) .Analisis min markah ujian pos bagi kedua-dua kumpulan menunjukkan min markah kumpulan rawatan yang diajar menggunakan grafik maklumat lebih tinggi berbanding min markah ujian pos bagi kumpulan kawalan yang diajar menggunakan teks maklumat. Nilai ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan min markah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan grafik maklumat bagi topik Biodiversiti dapat meningkatkan pencapaian pelajar Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Perak.


My Biological Dictionary

Posted by Unknown On 18:02

KESAN PENGGUNAAN “MY BIOLOGICAL DICTIONARY” BAGI TOPIK CELL DIVISION TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK

NOOR HAYATI BT SALEH
MOHD ROZUWAN B ZAKARIA



ABSTRAK

Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan “My Biological Dictionary” terhadap pencapaian pelajar dan pencapaian dinilai melalui jawapan definisi dan penggunaan istilah-istilah Biologi dengan betul bagi Topik “Cell Division”. Sampel kajian ini adalah seramai 50 orang pelajar iaitu 25 orang pelajar dari kelas Tutorial H5T30 yang dijadikan kumpulan kawalan dan 25 orang pelajar dari kelas tutorial H6T36 yang dijadikan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan tidak menggunakan “My Biological Dictionary” untuk mendefinisikan istilah-istilah Biologi yang diberi tetapi mereka dikehendaki menggariskan istilah-istilah tersebut di dalam nota kuliah atau buku rujukan yang dibaca. Kumpulan rawatan pula dikehendaki menyediakan “My Biological Dictionary” untuk mencatat definisi bagi istilah-istilah biologi yang ditetapkan. Pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk merekabentuk “My Biological Dictionary” mengikut kreativiti masing-masing. Sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, semua sampel kajian diberi ujian pra untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar tentang istilah-istilah yang terdapat dalam Cell Division. Min markah kedua-dua kumpulan sampel kajian diambil untuk dianalisis. Setelah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, semua sampel kajian diberi ujian pos. Min markah kedua-dua kumpulan sampel dianalisis. Data analisis menunjukkan kumpulan yang menggunakan “My Biological Dictionary” dapat mendefinisikan dan menggunakan istilah-istilah Biologi dengan betul.

Full Text (PDF)