Monday, 22 October 2012

Kaedah Tunjukcara

Posted by Unknown On 23:10

KEBERKESANAN KAEDAH TUNJUK CARA DALAM TUTORIAL MEMBANTU MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP SUBTOPIK ‘LINKED GENES’

NOR HIDAYANI BT. SEMON, NOOR AZLIZA BT. AHMAD,
ROSLINA BT. IBRAHIM, MOHD. ROZUWAN BIN ZAKARIA



ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah tunjuk cara semasa tutorial untuk membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap subtopik ‘linked genes’. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keupayaan pelajar dalam menjelaskan dan mengaplikasikan subtopik ‘linked genes’ semasa menjawab soalan. Seramai 60 orang sampel yang terdiri daripada pelajar sains hayat telah dipilih secara rawak. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar menggunakan kaedah tunjuk cara manakala kumpulan kawalan diajar secara konvensional (pengajaran yang berpusatkan guru). Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos,  yang mana pelajar perlu menjawab soalan struktur berkenaan ‘linked genes’ sebelum dan selepas proses P&P. Semua data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian mengenai pemahaman pelajar dalam subtopik ‘linked genes’. Ujian-t juga digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dalam pemahaman pelajar antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hasil kajian didapati bahawa, terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang mana bagi kumpulan kawalan, perbezaan min bagi ujian pra dan ujian pos ialah 0.5 manakala bagi kumpulan rawatan ialah 5.07. Bagi ujian-t, terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam pemahaman terhadap subtopik ‘linked genes’ pada aras p < 0.05. Oleh itu, hipotesis nul ditolak. Kesimpulannya, pemahaman pelajar dalam subtopik ‘linked genes’ dapat ditingkatkan menggunakan kaedah tunjuk cara.













































Categories:

0 comments:

Post a Comment