KEBERKESANAN
KAEDAH TUNJUK CARA DALAM TUTORIAL MEMBANTU MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR
TERHADAP SUBTOPIK ‘LINKED GENES’
NOR HIDAYANI BT. SEMON, NOOR AZLIZA BT. AHMAD,
ROSLINA BT. IBRAHIM, MOHD. ROZUWAN BIN ZAKARIA
ROSLINA BT. IBRAHIM, MOHD. ROZUWAN BIN ZAKARIA
ABSTRAK
Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah tunjuk cara semasa tutorial
untuk membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap subtopik ‘linked genes’.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keupayaan pelajar
dalam menjelaskan dan mengaplikasikan subtopik ‘linked genes’ semasa menjawab
soalan. Seramai 60 orang sampel yang terdiri daripada pelajar sains hayat telah
dipilih secara rawak. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar menggunakan kaedah
tunjuk cara manakala kumpulan kawalan diajar secara konvensional (pengajaran
yang berpusatkan guru). Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah ujian pra
dan ujian pos, yang mana pelajar perlu
menjawab soalan struktur berkenaan ‘linked genes’ sebelum dan selepas proses
P&P. Semua data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif untuk
mendapatkan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian mengenai
pemahaman pelajar dalam subtopik ‘linked genes’. Ujian-t juga digunakan untuk
melihat sama ada terdapat perbezaan dalam pemahaman pelajar antara kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Hasil kajian didapati bahawa, terdapat perbezaan
yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang mana bagi
kumpulan kawalan, perbezaan min bagi ujian pra dan ujian pos ialah 0.5 manakala
bagi kumpulan rawatan ialah 5.07. Bagi ujian-t, terdapat perbezaan yang
signifikan di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam pemahaman
terhadap subtopik ‘linked genes’ pada aras p < 0.05. Oleh itu, hipotesis nul
ditolak. Kesimpulannya, pemahaman pelajar dalam subtopik ‘linked genes’ dapat
ditingkatkan menggunakan kaedah tunjuk cara.