KESAN PENGGUNAAN “MY BIOLOGICAL DICTIONARY” BAGI TOPIK CELL DIVISION
TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK
NOOR HAYATI BT SALEH
MOHD ROZUWAN B ZAKARIA
ABSTRAK
Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan “My Biological Dictionary” terhadap pencapaian pelajar dan pencapaian dinilai melalui jawapan definisi dan penggunaan istilah-istilah Biologi dengan betul bagi Topik “Cell Division”. Sampel kajian ini adalah seramai 50 orang pelajar iaitu 25 orang pelajar dari kelas Tutorial H5T30 yang dijadikan kumpulan kawalan dan 25 orang pelajar dari kelas tutorial H6T36 yang dijadikan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan tidak menggunakan “My Biological Dictionary” untuk mendefinisikan istilah-istilah Biologi yang diberi tetapi mereka dikehendaki menggariskan istilah-istilah tersebut di dalam nota kuliah atau buku rujukan yang dibaca. Kumpulan rawatan pula dikehendaki menyediakan “My Biological Dictionary” untuk mencatat definisi bagi istilah-istilah biologi yang ditetapkan. Pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk merekabentuk “My Biological Dictionary” mengikut kreativiti masing-masing. Sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, semua sampel kajian diberi ujian pra untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar tentang istilah-istilah yang terdapat dalam Cell Division. Min markah kedua-dua kumpulan sampel kajian diambil untuk dianalisis. Setelah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, semua sampel kajian diberi ujian pos. Min markah kedua-dua kumpulan sampel dianalisis. Data analisis menunjukkan kumpulan yang menggunakan “My Biological Dictionary” dapat mendefinisikan dan menggunakan istilah-istilah Biologi dengan betul.
Categories: Active Learning, Biology Terms
0 comments:
Post a Comment