KESAN PENGGUNAAN GRAFIK MAKLUMAT DAN TEKS MAKLUMAT BAGI TOPIK BIODIVERSITI
TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR
DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Noor Hayati Saleh
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan grafik
maklumat dan teks maklumat bagi topik Biodiversiti terhadap pencapaian pelajar
di Kolej Matrikulasi Perak. Responden terdiri daripada 140 orang pelajar
jurusan Sains Hayat Semester II sesi 2008/2009, dari dua kumpulan kuliah yang
berbeza di Kolej Matrikulasi Perak tetapi mempunyai aras pengetahuan yang sama
berdasarkan min markah ujian pra yang dilaksanakan. Kumpulan kuliah (1) yang
terdiri daripada 70 orang pelajar diajar menggunakan teks maklumat dan
dijadikan sebagai kumpulan kawalan. Manakala kumpulan kuliah (2) yang juga
mempunyai seramai 70 orang pelajar dijadikan sebagai kumpulan rawatan dan
diajar menggunakan grafik maklumat. Instrument intervensi yang digunakan ialah
2 set nota kuliah bagi topik Biodiversiti
yang mempunyai rekabentuk berbeza mengikut intervensi kumpulan yang telah
ditetapkan. Manakala instrument penilaian yang digunakan dalam kajian ini ialah
satu set soalan pra dan satu set soalan pos. Data yang dikumpul dianalisis
secara statistik deskriptif (min markah) dan statistik inferensi (ujian-t) .Analisis
min markah ujian pos bagi kedua-dua kumpulan menunjukkan min markah kumpulan
rawatan yang diajar menggunakan grafik maklumat lebih tinggi berbanding min
markah ujian pos bagi kumpulan kawalan yang diajar menggunakan teks maklumat. Nilai
ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan min markah antara kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan grafik maklumat bagi topik Biodiversiti dapat meningkatkan
pencapaian pelajar Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Perak.
0 comments:
Post a Comment